Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Kembara Seorang Lautan Darah (Bab 02: Talasemia + Anak & Kakak)

Pagi tadi ibu membangunkan diri ini daripada tidur yang lena. Dia bertanya "Ke hospital atau tidak?". Saya berfikir sebentar dan melihat kalender telepon untuk melihat bila kali terakhir jalani transfusi darah. Dengan badan yang masih mengantuk bergerak memilih pakaian untuk dipakai.

Telepon ? Ada
Headphone ? Ada
Ok selasai bergerak ke hospital. Ooppsss terlupa pula paling penting, "dompet dan kad pengenalan"..(' ',)

Tenang rasanya mendengar lagu radio Hitz FM sambil menghayati panorama alam ciptaan Allah SWT menuju ke bandar Sandakan bersama ayah dan ibu. Orang ramai mula menuju ke destinasi masing-masing. Ada yang pergi berkerja, ada yang mula membuka kedai mereka untuk berniaga, ada yang pergi bersarapan dan ada juga yang saja bersiar-siar menghirup udara segar. Sebelum ke hospital, singgah dulu di Gentingmas Mall untuk menemani ibu membeli barang keperluan rumah. Apa salahnya menemani ibu tersayang, betul tidak ? Sambil membantu ibu memilih barang, lagu…

Quotes (Malay and English)

Orang lain melihat penyakit itu ialah kelemahan Tapi bagi saya, penyakit itu adalah kekuatan Yang mengajar saya erti kehidupan.. -SNAR-


‘’Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan." -Harieta Wahab-


"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan ituadalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,itu adalah mulia dan terpuji." -La Roche-


"Kegagalan tidak bererti kita mensia-siakan hidup, tetapi bererti kita perlu mulai lagi dengan cara lain dan lebih giat serta penuh kesabaran." -Robert H.Schuller-


"Selalu curiga melihat perhubungan mereka yang terlalu rapat.. Seolah-olah mereka bukan kawan tapi macam sebaliknya.. Untuk hilangkan rasa ego dan sangka buruk fikir mereka.. Bagus buat sesuatu yang berfaedah dan dapat hilangkan itu s…

Kembara Seorang Lautan Darah (Bab 01: Salam Perkenalan)

Adakah mendapat penyakit itu suatu perkara yang tidak baik, menjadi kekurangan dan kelemahan kepada seseorang ? Atau ia merupakan perkara terbaik yang pernah berlaku, menjadi kelebihan dan kekuatan kepada seseorang ?

Memang tidak nafikan bahawa penyakit dalam badan ini sentiasa membuatkan diri ini berada dalam keadaan yang lemah tidak bermaya, tidak berupaya untuk melakukan sesuatu perkara dengan sempurna, sentiasa penat atau mudah berasa penat, mudah dijangkiti penyakit lain kerana kurang daya tahan melawan penyakit, kepala yang kerap berdenyut sakit, nafas yang pendek dan dada yang selalu terasa sangat sempit seperti terkurung di dalam tempat yang gelap dan kecil. Mudah berasa tersinggung atau kecil hati dengan apa orang katakan dan tidak yakin pada diri. Kesakitan yang dialami ini tidak berhenti setakat itu, banyak lagi yang harus ditanggung..

Namun disebalik kesakitan yang dialami, penyakit ini telah membuatkan saya menjadi seorang yang tabah, tidak mudah berputus asa, berusaha un…