Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Kembara Seorang Lautan Darah (Bab 03: Talasemia + STPM PBS Sejarah 2013)

Imej
Sewaktu Penggal 2 untuk STPM bermula pada awal bulan Januari yang lalu saya dan rakan-rakan yang lain serta yang pastinya semua pelajar STPM di Malaysia ini yang mengambil subjek Sejarah diminta untuk menjalankan kerja kursus bagi kertas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sejarah STPM (940/4) merupakan salah satu komponen sukatan pelajaran Sejarah STPM (940). Kerja kursus ini memerlukan calon menjalankan penyelidikan sejarah berdasarkan tajuk pilihan mereka sendiri. Pada akhir kerja kursus, calon dikehendaki membentangkan esei ilmiah. Panjang esei tersebut adalah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan, tidak termasuk kertas cadangan, nota kaki, jadual, rajah, graf, dan bibliografi.

Dalam taklimat yang diberikan oleh Encik Anuar, guru Sejarah memperlihatkan kami tentang PBS Sejarah (Manual PBS (Calon) Sejarah) dan yang paling penting senarai tema-tema yang telah di tetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Waktu tu saya sangat berharap dan berdoa agar ada tema yang menarik dalam ke…