Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Warkah Buat Sahabat No.1 Di Carta Hatiku

Wahai sahabat yang berada dalam diriku.. Kita kenal sejak ku berusia 3 tahun Allah telah takdirkan kau hadir dalam hidup Pada mulanya aku berkata “Kenapa?” “Kerana mu, aku sering berada dalam kesakitan & menitiskan air mata” Dalam malam yang sunyi aku memejamkan mata Tiba-tiba ketenangan menyapa diri ini Ya memang benar kerana mu...aku merasa sakit Sangat sakit...tapi terselit didalamnya senyuman Memori bahagia yang ku alami bersama mu Seperti mengubati derita yang ada selama ini Dengan yakin ku katakan “Kau adalah anugerah yang Allah berikan kepada ku” Kau mendengar tangisan, luahan hati & apa saja yang ku katakan atau fikirkan Ketika ku menangis sendirian, takut & kesakitan sama ada kerana mu atau perkara lain Mungkin saat itu kau sebenarnya sedang memeluk erat diri ku dari dalam Sambil berkata “Sabar, Allah tidak menguji melebihi kemampuan hambaNya” Seandainya di masa depan ku merasa sangat sakit & menderita keranamu Akan ku c