Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Kembara Seorang Lautan Darah (Bab 04: Dugaan)

Masih segar dalam ingatan bila pertama kali mengetahui menghidap penyakit Thalassaemia. Mula menunjukkan simptom Thalassaemia ketika berumur 4 tahun dan waktu itu diri ini cepat penat apabila bermain bersama rakan yang lain. Lebih banyak meluangkan masa duduk di rumah dan tidur. Ibu mula berasa pelik melihat keadaan ini dan kebetulan pada awal usia 5 tahun ada seorang pemandu van ambulans  Klinik Kesihatan Telupid membawa seorang doktor wanita India melawat sekitar pekan Telupid yang mana doktor tersebut sebenarnya ke Telupid datang untuk melakukan pemantauan di Klinik Kesihatan Telupid. Pak Cik Ambulans (maaf tak ingat nama betul dia) dan doktor tersebut singgah di kedai fotostat ibu. K ebetulan saya balik dari tabika & ibuku cerita sama doktor pasal aku yang selalu penat kalau bermain terutama berlari. Doktor minta ibu membawa aku ke klinik nanti. Keesokan harinya ibu pun membawa aku ke klinik seperti yang dijanjikan. Doktor tu pun jalani pemeriksaan & dapat mengag...