Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Kembara Seorang Lautan Darah (Bab 04: Dugaan)

Masih segar dalam ingatan bila pertama kali mengetahui menghidap penyakit Thalassaemia. Mula menunjukkan simptom Thalassaemia ketika berumur 4 tahun dan waktu itu diri ini cepat penat apabila bermain bersama rakan yang lain. Lebih banyak meluangkan masa duduk di rumah dan tidur. Ibu mula berasa pelik melihat keadaan ini dan kebetulan pada awal usia 5 tahun ada seorang pemandu van ambulans  Klinik Kesihatan Telupid membawa seorang doktor wanita India melawat sekitar pekan Telupid yang mana doktor tersebut sebenarnya ke Telupid datang untuk melakukan pemantauan di Klinik Kesihatan Telupid. Pak Cik Ambulans (maaf tak ingat nama betul dia) dan doktor tersebut singgah di kedai fotostat ibu. K ebetulan saya balik dari tabika & ibuku cerita sama doktor pasal aku yang selalu penat kalau bermain terutama berlari. Doktor minta ibu membawa aku ke klinik nanti. Keesokan harinya ibu pun membawa aku ke klinik seperti yang dijanjikan. Doktor tu pun jalani pemeriksaan & dapat mengag...

Warkah Buat Sahabat No.1 Di Carta Hatiku

Wahai sahabat yang berada dalam diriku.. Kita kenal sejak ku berusia 3 tahun Allah telah takdirkan kau hadir dalam hidup Pada mulanya aku berkata “Kenapa?” “Kerana mu, aku sering berada dalam kesakitan & menitiskan air mata” Dalam malam yang sunyi aku memejamkan mata Tiba-tiba ketenangan menyapa diri ini Ya memang benar kerana mu...aku merasa sakit Sangat sakit...tapi terselit didalamnya senyuman Memori bahagia yang ku alami bersama mu Seperti mengubati derita yang ada selama ini Dengan yakin ku katakan “Kau adalah anugerah yang Allah berikan kepada ku” Kau mendengar tangisan, luahan hati & apa saja yang ku katakan atau fikirkan Ketika ku menangis sendirian, takut & kesakitan sama ada kerana mu atau perkara lain Mungkin saat itu kau sebenarnya sedang memeluk erat diri ku dari dalam Sambil berkata “Sabar, Allah tidak menguji melebihi kemampuan hambaNya” Seandainya di masa depan ku merasa sangat sakit & menderita keranamu Akan ku c...

Kertas Cadangan PBS Sejarah STPM 2013 (Sejarah Perubatan dan Kesihatan)

Berdasarkan  Manual PBS (Calon) Sejarah 2013 , terdapat 4 jenis tema iaitu  Tema 1 Sejarah Tempat,  Tema 2 Sejarah Ekonomi,  Tema 3 Sejarah Seni dan Kebudayaan serta  Tema 4 Sejarah Perubatan dan Kesihatan yang mana ini merupakan kertas cadangan untuk Tema 4 Sejarah Perubatan dan Kesihatan yang mana diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu pelajar STPM melaksanakan kerja kursus bagi kertas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sejarah STPM (940/4) merupakan salah satu komponen sukatan pelajaran Sejarah STPM (940). TAJUK           Perkembangan Penyakit Talasemia di Sandakan dari Tahun 1990 hingga Tahun 2000 PENGENALAN Pada zaman marcapada ini, pengetahuan masyarakat kita tentang penyakit keturunan begitu kurang dan ada yang beranggapan bahawa penyakit keturunan ini ialah penyakit ganjil. Sebenarnya, penyakit keturunan ialah penyakit yang diturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya dan sebagai contoh yang ...