Kertas Cadangan PBS Sejarah STPM 2013 (Sejarah Perubatan dan Kesihatan)

Berdasarkan Manual PBS (Calon) Sejarah 2013, terdapat 4 jenis tema iaitu Tema 1 Sejarah Tempat, Tema 2 Sejarah Ekonomi, Tema 3 Sejarah Seni dan Kebudayaan serta Tema 4 Sejarah Perubatan dan Kesihatan yang mana ini merupakan kertas cadangan untuk Tema 4 Sejarah Perubatan dan Kesihatan yang mana diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu pelajar STPM melaksanakan kerja kursus bagi kertas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sejarah STPM (940/4) merupakan salah satu komponen sukatan pelajaran Sejarah STPM (940).


TAJUK         
Perkembangan Penyakit Talasemia di Sandakan dari Tahun 1990 hingga Tahun 2000

PENGENALAN
Pada zaman marcapada ini, pengetahuan masyarakat kita tentang penyakit keturunan begitu kurang dan ada yang beranggapan bahawa penyakit keturunan ini ialah penyakit ganjil. Sebenarnya, penyakit keturunan ialah penyakit yang diturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya dan sebagai contoh yang saya akan ambil dalam kajian saya ini ialah tentang penyakit Talasemia. Penyakit Talasemia merupakan penyakit keturunan yang melibatkan darah iaitu kekurangan sel darah merah.

OBJEKTIF
Pada akhir kajian ini, adalah diharapkan dapat memberi makluman bahawa penyakit Talasemia merupakan penyakit keturunan.
Selain itu, dapat mengkaji dan mengetahui lebih lanjut tentang asal usul penyakit Talasemia dan perkembangannya.
Akhir sekali, dapat memperjelaskan rawatan yang ada untuk penyakit Talasemia ini.

PERMASALAHAN KAJIAN
            Terdapat persoalan yang ingin dirungkai dalam kajian ini bagi mengenal pasti permasalahan yang timbul. Perkara yang utama tentang persoalan asal usul penyakit Talasemia ini dan bagaimana perkembangannya pada masa kini? Ini kerana sehingga kini masih banyak orang awam atau masyarakat yang kurang mengetahui atau kurang mengambil berat tentang penyakit ini malah ada yang langsung tidak mengetahui tentang adanya penyakit ini. Seterusnya, bagaimana pesakit ini menjalani kehidupan seharian mereka dan bagaimana mereka menjalani rawatan? Ini kerana ramai yang kurang memahami dan tidak mengetahui bagaimana pesakit-pesakit ini menjalani rawatan dalam kehidupan mereka.

SKOP KAJIAN
Saya telah diberi tugasan untuk menjalankan kajian ini selama 3 bulan iaitu bermula bulan Januari sehingga bulan Mac. Oleh itu, ruang lingkup kajian saya ini bermula dari tahun 1990 hingga 2000 bagi mengetahui jurang perbezaan perkembangan penyakit ini. Isu yang dikaji ialah penyakit Talasemia merupakan penyakit keturunan, asal usul dan perkembangan penyakit Talasemia serta rawatan yang ada untuk penyakit Talasemia ini.

SOROTAN KAJIAN LEPAS
            Berdasarkan daripada maklumat dan kajian yang saya lakukan mengenai sorotan kajian lepas, terdapat kekurangan ataupun kekosongan yang perlu diisi. Hal ini kerana, dalam tajuk dan skop kajian terdahulu hanya memfokuskan kepada penjelasan bagaimana penyakit ini terjadi bagi membuang pandangan negatif masyarakat agar tidak membuat andaian yang negatif. Oleh itu, saya sebagai seorang pesakit Talasemia ingin mengkaji, menerangkan dan memperjelaskan aspek lain tentang penyakit ini berdasarkan pengalaman, rujukan dan kajian yang saya jalankan.


KAEDAH KAJIAN
Kajian Perpustakaan
Saya ke Perpustakaan Cawangan Daerah Sandakan untuk membuat rujukan tentang penyakit Talasemia dan meminjam buku yang berkaitan dengannya. 
Kajian Temu Bual
Saya akan menemu bual guru Biologi dan orang-orang yang mempunyai kaitan dengan Talasemia ini.
Kaedah Persampelan
Saya meneliti pandangan-pandangan yang diterima daripada beberapa responden berkaitan dengan Talasemia.


PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
Pengenalan
Penyakit keturunan merupakan penyakit diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Keinginan saya menjalankan kajian ini bagi memberi pendedahan lebih banyak lagi untuk makluman umum.
Tubuh Esei
Makluman bagaimana Talasemia ini ditakrifkan atau dikenal pasti sebagai penyakit keturunan. Penjelasan berkaitan asal usul penyakit Talasemia dan perkembangannya. Pendedahan mendalam tentang penyakit Talasemia diketahui dengan lebih lanjut dan apa rawatan yang ada untuk penyakit ini. Seterusnya bagaimana pesakit ini menjalani kehidupan seharian mereka. 
Kesimpulan
Dalam hasil kajian ini, saya dapat mengkaji dengan lebih mendalam hal-hal yang berkaitan dengan penyakit Talasemia berserta aspek-aspek yang perlu diketahui.

PENUTUP
            Secara keseluruhannya, penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Penyakit Talasemia ini merupakan penyakit keturunan yang melibatkan darah iaitu kekurangan sel darah merah. Kepelbagaian aspek-aspek perlu diketahui seperti asal usul, perkembangan, rawatan dan lain yang berkaitan bagi mengenali lebih lanjut tentang penyakit ini.

Ulasan

  1. memang singkat macam ni ke? gambar kena letak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Saya buat macam ni saja untuk kertas cadangan mengikut apa yg cikgu saya nak. Untuk kerja kursus (esei ilmiah) yg lengkap pun cikgu saya nak letak gambar dibahagian lampiran dan bukan pada isi esei tersebut.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kembara Seorang Lautan Darah (Bab 03: Talasemia + STPM PBS Sejarah 2013)