Kembara Seorang Lautan Darah (Bab 06: #UnitedForBlood)
Saya sangat berbesar hati apabila dilantik sebagai Duta Projek #UnitedForBlood, seorang pesakit Thalassaemia Intermedia yang berasal dari Sabah dan kini berada dalam program Komunikasi Antarapersonal 4A di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam.
#UnitedForBlood adalah satu inisiatif bagi memberi kesedaran berkenaan Thalassaemia dan kepentingan derma darah yang dilaksanakan oleh pelajar tahun akhir program Perhubungan Awam 5C dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam yang diketuai oleh Cik Cheryl Suminundu William Manjinbon dan dibantu oleh Encik Najmi Fikri bin Azini dibawah bimbingan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Jaringan Industri) Dr Wan Norbani binti Wan Noordin.
Thalassaemia merupakan penyakit keturunan melibatkan kekurangan dan kemusnahan sel darah merah dalam badan yang memerlukan pesakit menjalani rawatan transfusi darah setiap bulan sepanjang hayat mereka.
#UnitedForBlood ingin mencapai matlamat untuk mengumpul sebanyak 400 pint darah bagi membantu mengurangkan masalah kekurangan bekalan darah.
#UnitedForBlood telah berkerjasama dengan Persatuan Thalassaemia Malaysia bagi menjayakan program tersebut. Mereka juga menjalankan kutipan amal bagi mengumpul dana untuk membina menara sukatan takat darah pertama di Kota Kinabalu Sabah.
Setakat ini program #UnitedForBlood telah melaksanakan pre-event pada 12 November 2016 di salah sebuah kolej kediaman dalam UiTM Shah Alam iaitu dengan melaksanakan kempen derma darah.
#UnitedForBlood secara rasminya telah dilancarkan pada 16 November 2016 di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media oleh Presiden Persatuan Thalassaemia Malaysia, Dato' Abdullah bin Yonus. Semasa pelancaran tersebut, kempen derma darah turut dilaksanakan selain mengadakan pemeriksaan kesihatan dan payudara.
Selain itu #UnitedForBlood telah melaksanakan Thalassaemia Talk di SACC Mall Shah Alam dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membicarakan tentang Thalassaemia dan kepentingan derma darah kepada para mengunjung SACC Mall.
#UnitedForBlood akan terbang ke Sabah Negeri Dibawah Bayu melaksanakan acara penutup di Wisma Pandu Puteri Kota Kinabalu pada 03 Disember 2016. Dimaklumkan bahawa semasa acara penutupan terdapat aktiviti derma darah, pemeriksaan Thalassaemia, Thalassaemia Talk, persembahan oleh pesakit Thalassaemia dan pemeriksaan kesihatan.
Sekian,
Siti Nur Azilayati Rahmah bt. Raman
Duta Projek #UnitedForBlood
Sumber: #UnitedForBlood

Sumber: Harian Metro
Sumber: Sinar Harian

Ulasan
Catat Ulasan