Warkah Buat Sahabat No.1 Di Carta Hatiku

Wahai sahabat yang berada dalam diriku..
Kita kenal sejak ku berusia 3 tahun
Allah telah takdirkan kau hadir dalam hidup
Pada mulanya aku berkata “Kenapa?”
“Kerana mu, aku sering berada dalam kesakitan & menitiskan air mata”

Dalam malam yang sunyi aku memejamkan mata
Tiba-tiba ketenangan menyapa diri ini
Ya memang benar kerana mu...aku merasa sakit
Sangat sakit...tapi terselit didalamnya senyuman
Memori bahagia yang ku alami bersama mu
Seperti mengubati derita yang ada selama ini

Dengan yakin ku katakan “Kau adalah anugerah yang Allah berikan kepada ku”
Kau mendengar tangisan, luahan hati & apa saja yang ku katakan atau fikirkan
Ketika ku menangis sendirian, takut & kesakitan sama ada kerana mu atau perkara lain
Mungkin saat itu kau sebenarnya sedang memeluk erat diri ku dari dalam
Sambil berkata “Sabar, Allah tidak menguji melebihi kemampuan hambaNya”

Seandainya di masa depan ku merasa sangat sakit & menderita keranamu
Akan ku cuba atasinya dengan mengingati saat gembira & tersenyum keranamu
Ku tak mampu berjanji tapi inshaAllah dengan izin Allah SWT
Kita hadapi kehidupan ini bersama-sama dalam suka duka

Setiap hari adalah hari kita berdua
Namun hari ini 8 Mei sangat istimewa
Kerana ramai insan yang ada ‘sahabat’ dalam diri mereka
Atau yang ada kaitan dengan ‘sahabat’ ini turut meraihkan bersama

Thalassaemia…itu namamu yang bermaksud “Lautan Darah”
Siti Nur Azilayati Rahmah bt Raman...itu namaku
Tapi tidak ku tahu apa maksud namaku
Mungkin saja kau tahu apa maksud namaku
Namun tak boleh ku dengari bicara mu

Thalassaemia…the friend that inside my body
You are…my lifelong companion
Happy International Thalassaemia Day
For you, for me & for both of us…

Sincerely,
Siti Nur Azilayati Rahmah bt Raman

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kertas Cadangan PBS Sejarah STPM 2013 (Sejarah Perubatan dan Kesihatan)

Kembara Seorang Lautan Darah (Bab 02: Talasemia + Anak & Kakak)

Kembara Seorang Lautan Darah (Bab 03: Talasemia + STPM PBS Sejarah 2013)