Kembara Seorang Lautan Darah (Bab 01: Salam Perkenalan)
Adakah mendapat penyakit itu suatu perkara yang tidak baik, menjadi kekurangan dan kelemahan kepada seseorang ? Atau ia merupakan perkara terbaik yang pernah berlaku, menjadi kelebihan dan kekuatan kepada seseorang ?
Memang tidak nafikan bahawa penyakit dalam badan ini sentiasa membuatkan diri ini berada dalam keadaan yang lemah tidak bermaya, tidak berupaya untuk melakukan sesuatu perkara dengan sempurna, sentiasa penat atau mudah berasa penat, mudah dijangkiti penyakit lain kerana kurang daya tahan melawan penyakit, kepala yang kerap berdenyut sakit, nafas yang pendek dan dada yang selalu terasa sangat sempit seperti terkurung di dalam tempat yang gelap dan kecil. Mudah berasa tersinggung atau kecil hati dengan apa orang katakan dan tidak yakin pada diri. Kesakitan yang dialami ini tidak berhenti setakat itu, banyak lagi yang harus ditanggung..
Namun disebalik kesakitan yang dialami, penyakit ini telah membuatkan saya menjadi seorang yang tabah, tidak mudah berputus asa, berusaha untuk melakukan yang terbaik dan memperbaiki diri, membuktikan kemampuan diri, membuktikan bahawa saya tidak lemah, menjadikan saya seorang yang kuat, berusaha untuk berdikari dan yakin pada diri.
Tidak dinafikan bahawa penyakit diri ini telah membawa kesakitan dan kekurangan kepada saya. Tapi penyakit itu telah mencorak dan membentuk diri saya pada hari ini. Penyakit itu telah menjadi teman dan sahabat sejati saya selama ini. Mungkin saya patut panggil penyakit itu "sahabat" saya kerana setia menemani diri ini siang dan malam sejak dulu hingga sekarang dan mungkin selamanya. "Sahabat" itu membuatkan saya mengalami pelbagai pengalaman pahit dan manis, gelak tawa dan tangisan serta suka dan duka. Kerana "sahabat" itu juga saya bertemu dengan banyak orang, melihat dan mendengar pandangan daripada pelbagai sudut. Bagaimana agaknya hidup saya jika "sahabat" ini tiada ? Saya tidak mampu membayangkannya kerana mungkin diri ini tidak akan lengkap tanpa "sahabat" itu.
Tanpa "sahabat" itu, saya tidak akan bertemu dengan ramai orang
Tanpa "sahabat" itu, saya bukan seorang yang tabah
Tanpa "sahabat" itu, saya tidak mungkin mampu melangkah sejauh ini
Tanpa "sahabat" itu, saya hanya seorang insan biasa
dan tanpa "sahabat" itu, saya tidak akan berada disini sekarang..
Oleh itu, diri ini akan cuba untuk terus melangkah kehadapan bersama "sahabat" ini dalam kembara yang masih panjang bagi mencari pengalaman yang mengajar erti kehidupan.
Assalamualaikum dan salam perkenalan, saya Azila pesakit Thalassaemia Intermedia & merupakan anak sulung dari 4 orang adik-beradik. Selamat datang ke Kembara Seorang Lautan Darah (' ',)
Memang tidak nafikan bahawa penyakit dalam badan ini sentiasa membuatkan diri ini berada dalam keadaan yang lemah tidak bermaya, tidak berupaya untuk melakukan sesuatu perkara dengan sempurna, sentiasa penat atau mudah berasa penat, mudah dijangkiti penyakit lain kerana kurang daya tahan melawan penyakit, kepala yang kerap berdenyut sakit, nafas yang pendek dan dada yang selalu terasa sangat sempit seperti terkurung di dalam tempat yang gelap dan kecil. Mudah berasa tersinggung atau kecil hati dengan apa orang katakan dan tidak yakin pada diri. Kesakitan yang dialami ini tidak berhenti setakat itu, banyak lagi yang harus ditanggung..
Namun disebalik kesakitan yang dialami, penyakit ini telah membuatkan saya menjadi seorang yang tabah, tidak mudah berputus asa, berusaha untuk melakukan yang terbaik dan memperbaiki diri, membuktikan kemampuan diri, membuktikan bahawa saya tidak lemah, menjadikan saya seorang yang kuat, berusaha untuk berdikari dan yakin pada diri.
Tanpa "sahabat" itu, saya tidak akan bertemu dengan ramai orang
Tanpa "sahabat" itu, saya bukan seorang yang tabah
Tanpa "sahabat" itu, saya tidak mungkin mampu melangkah sejauh ini
Tanpa "sahabat" itu, saya hanya seorang insan biasa
dan tanpa "sahabat" itu, saya tidak akan berada disini sekarang..
Oleh itu, diri ini akan cuba untuk terus melangkah kehadapan bersama "sahabat" ini dalam kembara yang masih panjang bagi mencari pengalaman yang mengajar erti kehidupan.
Assalamualaikum dan salam perkenalan, saya Azila pesakit Thalassaemia Intermedia & merupakan anak sulung dari 4 orang adik-beradik. Selamat datang ke Kembara Seorang Lautan Darah (' ',)
Ulasan
Catat Ulasan