Kembara Seorang Lautan Darah (Bab 03: Talasemia + STPM PBS Sejarah 2013)

Sewaktu Penggal 2 untuk STPM bermula pada awal bulan Januari yang lalu saya dan rakan-rakan yang lain serta yang pastinya semua pelajar STPM di Malaysia ini yang mengambil subjek Sejarah diminta untuk menjalankan kerja kursus bagi kertas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sejarah STPM (940/4) merupakan salah satu komponen sukatan pelajaran Sejarah STPM (940). Kerja kursus ini memerlukan calon menjalankan penyelidikan sejarah berdasarkan tajuk pilihan mereka sendiri. Pada akhir kerja kursus, calon dikehendaki membentangkan esei ilmiah. Panjang esei tersebut adalah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan, tidak termasuk kertas cadangan, nota kaki, jadual, rajah, graf, dan bibliografi.

Dalam taklimat yang diberikan oleh Encik Anuar, guru Sejarah memperlihatkan kami tentang PBS Sejarah (Manual PBS (Calon) Sejarah) dan yang paling penting senarai tema-tema yang telah di tetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Waktu tu saya sangat berharap dan berdoa agar ada tema yang menarik dalam kerja kursus Sejarah ni. Alhamdulillah, Allah SWT telah memakbulkan doa saya apabila saya melihat tema ke-4.

"Sediakan sebuah esei ilmiah yang panjangnya antara 2500 hingga 3000 patah perkataan
berdasarkan satu daripada tema di bawah ini.
Tema 1
Sejarah tempat
Tema 2
Sejarah ekonomi
Tema 3
Sejarah seni dan kebudayaan
Tema 4
Sejarah perubatan dan kesihatan"

Encik Anuar minta kami pilih tema dan sediakan tajuk serta kertas cadangan. Bila Encik Anuar tahu saya pilih tema 4, dia berkata "Tema 4 Sejarah Perubatan dan Kesihatan adalah yang aras yang paling sukar antara semua tema". Lepas tu Encik Anuar tersenyum dan berkata lagi "Tapi, tema ni mungkin senang dan sesuai bagi kamu". Saya berfikir nak buat kajian sejarah tentang penyakit apa, kemudian tersenyum sendiri kerana saya tahu apa yang paling sesuai. Saya terus menyiapkan kertas cadangan berserta tajuk "Sejarah Perkembangan Penyakit Talasemia". Selepas diteliti, Encik Anuar berpuas hati dengan kertas cadangan saya dan berkata "Tajuk dan kertas cadangan kamu diterima dan ianya memang menarik, cikgu tidak sabar melihat hasilnya nanti".

Terdapat pelbagai pengalaman dan cabaran antara suka dan duka dalam mengumpul maklumat dan menyiapkan kerja kursus ini. Saya menemu bual guru Biologi saya bagi mengetahui bagaimana penyakit keturunan ini terjadi. Saya mencari beberapa buah buku yang mempunyai maklumat tentang penyakit Talasemia dari Perpustakaan Wilayah Sandakan. Mendapatkan maklumat daripada internet juga saya lakukan bagi mengetahui sejarah dan perkembangan Talasemia. Saya turut menemu bual ibu bapa saya bagi mengetahui pendapat mereka sebagai ibu bapa pesakit. Responden yang saya perlu 4 orang. Rasa risau mula menguasai diri kerana saya perlu seorang lagi dan tarikh hantar kerja kursus esei ilmiah sudah semangkin hampir. Saya mula berasa sedih, menangis dan putus asa kerana merasakan bagai sia-sia saja usaha dan penat saya ulang alik ke perpustakaan. Di dalam bilik pejabat Penolong Kanan Tingkatan 6, saya tidak dapat menahan sebak selepas menceritakan masalah saya dan air mata saya mengalir deras di hadapan Encik Anthony. Sambil menangis saya berdoa waktu tu agar ada jalan penyelesaian untuk masalah yang saya hadapi. Selepas saja saya berhenti menangis, Encik Anthony cuba tenangkan saya dengan memberi kata-kata semangat. Encik Anthony juga bagi tahu yang dia dan isterinya Mdm.Catherine, kedua-duanya adalah pembawa Talasemia tapi membuat keputusan untuk tidak mempunyai anak kerana risau risiko yang ada. Kemudian Encik Anthony tanya saya "Ada apa-apa yang boleh saya bantu?. Alhamdulillah, Allah SWT telah memakbulkan doa saya. Encik Anthony menjadi responden saya yang terakhir bagi melengkapkan kajian kerja kursus saya. Encik Anuar turut memberi kata-kata semangat kepada saya dan berkata "Masih ada masa lagi, kamu boleh siapkannya''. Rasa yakin dalam diri terus meningkat.


Akhirnya kajian kerja kursus esei ilmiah siap berserta pembentangannya sekali. Apa yang saya bentang ialah:


Tajuk: PERKEMBANGAN PENYAKIT TALASEMIA DI SANDAKAN
Disediakan oleh: SNAR


PENGENALAN
·         Definisi Penyakit keturunan: Penyakit yang diturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya iaitu diwarisi dari ibu bapa kepada anaknya.
·         Fokus Kajian - Kepelbagaian aspek Talasemia dapat diketahui seperti asal usul, perkembangan, rawatan dan lain yang berkaitan bagi mengenali lebih lanjut tentang penyakit ini.

OBJEKTIF KAJIAN
1.      Memberi makluman bahawa penyakit Talasemia merupakan penyakit keturunan.
2.      Dapat mengkaji & mengetahui lebih lanjut tentang asal usul penyakit Talasemia & perkembangannya.
3.      Memperjelaskan rawatan yang ada untuk penyakit Talasemia.

KAEDAH DAN SUMBER RUJUKAN KAJIAN
1.      Sumber Primer - 4 responden
2.      Buku Ilmiah – 5 buah buku
3.      Internet - 8 sumber

HASIL KAJIAN
Asal-Usul Talasemia
  • Perkataan Talasemia berasal daripada bahasa Greek atau Yunani.
  • Dalam bahasa Greek, “Thalassa” bermaksud laut, manakala “Hemia” bermaksud darah. Jika digabungkan iaitu “Thalassaemia” maka ianya membawa maksud “lautan darah”.

Epidemiologi
  • Talasemia berleluasa dalam populasi yang berkembang dalam iklim lembap di mana malaria adalah endemik.
  • Penghijrahan masyarakat & perkahwinan campur antara berlainan bangsa dalam masyarakat telah menyumbang kepada penularan penyakit Talasemia ke seluruh dunia.
  • 1 daripada setiap 20 orang rakyat Malaysia - pembawa Talasemia.
  • Pembawa Talasemia di Malaysia - lebih kurang 600 ribu hingga 1 juta
  • Pesakit Talasemia di Sandakan Sabah, 100 ↑.
  • 60% pesakit Talasemia datang dari luar bandar Sandakan dan 40% dari sekitar bandar Sandakan.

Apa Itu Talasemia?
  • Talasemia - penyakit keturunan melibatkan kekurangan darah.
  • Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal & mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka.
  • Perubahan kepada hemoglobin menyebabkan kekurangan darah yang teruk.
  • Pesakit Talasemia mempunyai paras hemoglobin yang rendah - kurang daripada 10g/dl.

Jenis-Jenis Talasemia
1.      Talasemia Minor - pembawa gen Talasemia. 
·         Mempunyai jumlah hemoglobin yang kurang dalam setiap sel darah merah & sel darah merah mereka kecil daripada biasa.
·         Sihat & normal.
2.      Talasemia Intermediate - pesakit.
·         Jarang transfusi darah - paras hemoglobin lambat ↓.
·         Tranfusi darah - selepas 1 ½ bulan → 3 bulan atau lebih jika paras hemoglobin 8g/dl.
·         Ada menjalani transfusi waktu sakit atau mengandung sahaja.
3.      Talasemia Major - pesakit.
·         Sering transfusi darah - paras hemoglobin cepat ↓.
·         Transfusi darah - 2 kali sebulan jika paras hemoglobin 10g/dl.

Komplikasi Talasemia
·         Kekurangan darah (Anemia) - sukar bernafas & boleh pengsan kerana kekurangan oksigen dalam badan terutama di otak.
·         Kandungan zat besi berlebihan dalam badan - organ menjadi lembut seperti agar-agar & mengakibatkannya gagal untuk berfungsi. Tanpa rawatan penyingkiran zat besi, boleh membawa maut.
·         Pembesaran limpa - kemusnahan sejumlah besar sel darah merah & tugas menghapuskan sel-sel rosak menyebabkan limpa membesar. Anemia menjadi teruk & mengurangkan hayat sel-sel darah merah yang di transfuskan kepada pesakit.
·         Mudah dapat jangkitan penyakit & lambat sembuh daripada sesuatu penyakit atau apabila luka. Bertambah teruk apabila limpa dikeluarkan daripada badan pesakit kerana tiada organ membantu dalam melawan jangkitan.
·         Kecacatan pada tulang - sumsum tulang berkembang menyebabkan tulang luas. Struktur tulang tidak normal, terutama di muka & tengkorak. Pengembangan sumsum tulang membuat tulang nipis & rapuh, meningkatkan risiko patah tulang di kalangan pesakit.
·         Mudah mengalami pendarahan - apabila luka darah yang keluar lambat berhenti. Keadaan bertambah teruk jika pesakit patah tulang kerana pendarahan berterusan boleh menyebabkan kematian pesakit.

Rawatan
·         Transfusi darah – Untuk ↑ paras hemoglobin dalam darah. Bagi menggalakkan sum-sum tulang berehat & pembentukan tulang normal & kuat. Transfusi darah dapat memastikan paras hemoglobin di atas 10gm/dl bagi melindungi limpa. Transfusi darah dijalankan sepanjang hidup pesakit.
·         Pembuangan limpa - berlaku dalam keadaan tertentu apabila limpa membesar hingga menyebabkan perut pesakit kembung. Limpa berperanan sebagai penghapus bakteria & sebagainya, pembuangan limpa membawa kepada risiko jangkitan yang tinggi sepanjang hidup pesakit.
·         Bone Marrow Transplat (BMT) - Talasemia boleh dirawat melalui kaedah ini tapi rawatan perlu perbelanjaan ↑. Ia dapat dilakukan jika ada penderma sesuai dari kalangan keluarga pesakit sahaja. Rawatan untuk pesakit 6 tahun kebawah.
·         Rawatan menyingkiran zat besi melalui ubat - bagi mengatasi masalah zat besi berlebihan dalam badan, ubat diguna agar buah pinggang membuang zat besi daripada badan melalui air kencing.

Ubatan & Peralatan Suntikan
 
















Pemeriksaan Kesihatan
·         Setiap 3 bulan - temu janji dengan pegawai perubatan.
·         Setiap 6 bulan, semua pesakit menjalani ujian darah secara tetap bagi mengetahui perkembangan & tahap kesihatan diri mereka. Antara ujian darah yang dilakukan: Ujian Feritin, Ujian Hemoglobin Ujian Heptaitis B & C serta Ujian HIV dan lain-lain.
·         Pemeriksaan Ultrasound - meneliti keadaan jantung, hati, limpa & organ yang lain.
·         Pemeriksaan MRI – untuk mengetahui jika ada zat besi pada jantung & hati berserta jumlah tepat zat besi tersebut.

Langkah Pencegahan Penyakit Talasemia
1.      Jalani penyaringan darah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia.
2.      Sekiranya mempunyai ciri Talasemia & ingin berkahwin, perlu bersikap terbuka & berbincang mengenainya dengan pasangan. Bakal pasangan perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada dia juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak.
3.      Jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat & keterangan lanjut dengan menghadiri kaunseling genetik.
4.      Pasangan yang ingin berumahtangga perlu lebih peka akan status kesihatan masing-masing.
5.      Menjalani ujian darah sebelum berkahwin dapat mengesan penyakit HIV & penyakit lain seperti Talasemia. Jika isteri sudah mengandung, diagnosis pranatal boleh dilakukan untuk mengetahui sama ada janin di dalam kandungan terjejas.

Kelebihan Penyakit Talasemia
1.      Mereka yang ada Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria. Penyakit Talasemia memberi perlindungan kepada mereka yang ada Talasemia daripada dijangkiti penyakit Malaria.
2.      Penyakit Talasemia ini juga dapat memberi perlindungan daripada terkena penyakit koronari jantung.

PENUTUP
ü  Talasemia merupakan penyakit yang serius & jika tidak dirawat, boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak yang berumur antara 1→8  tahun.
ü  Semua pihak perlu prihatin dalam mencegah Talasemia. Diharapkan kempen-kempen yang dijalankan dapat menyedarkan masyarakat tentang risiko Talasemia & pesakit-pesakit yang menghidap Talasemia dibantu sewajarnya agar dapat meneruskan kehidupan.
ü  Keseluruhannya, lebih baik jika sekarang semua orang ramai terutama golongan pelajar menjalani ujian darah bagi mengelak menyesal atau kecewa dikemudian hari.
ü  Persoalannya, sanggupkah kita melihat generasi yang bakal menerajui negara ini semakin berkurangan disebabkan oleh kelalaian kita sendiri yang mengambil mudah dalam ujian penyaringan darah ?
TAMAT

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Berbaloi usaha, penat, air mata dan cabaran yang saya lalui sepanjang menyiapkan kajian kerja kursus Sejarah. Syukur kepada Allah SWT sekali lagi apabila kerja kursus esei ilmiah PBS Sejarah saya antara yang tinggi markahnya. Setiap dugaan dan cabaran ada hikmah disebaliknya. Kadangkala hikmahnya kita tak nampak, apatah lagi kita sedar. Saya harus tabah, kuat dan tidak mudah putus asa kerana cabaran di masa depan akan lebih mencabar dan berliku. Saya pasti dapat mengharunginya kerana Allah SWT sentiasa ada membantu saya..(' ',)



p/s: Untuk kertas cadangan boleh rujuk di Kertas Cadangan PBS Sejarah STPM 2013 (Sejarah Perubatan dan Kesihatan)

Ulasan

  1. assalamualaikum.. kagum dengan pbs awak
    sy baru semester 2 stpm. tengah mencari idea.. apa lagi nak dibuat
    kisah awak sama senasib sy, ada ckp ''mesti susah ni'' .. bg sy ini pilihan sy :)

    kisah awak sbg penguat untuk semangat :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kertas Cadangan PBS Sejarah STPM 2013 (Sejarah Perubatan dan Kesihatan)

Kembara Seorang Lautan Darah (Bab 02: Talasemia + Anak & Kakak)