Kembara Seorang Lautan Darah (Bab 02: Talasemia + Anak & Kakak)

Pagi tadi ibu membangunkan diri ini daripada tidur yang lena. Dia bertanya "Ke hospital atau tidak?". Saya berfikir sebentar dan melihat kalender telepon untuk melihat bila kali terakhir jalani transfusi darah. Dengan badan yang masih mengantuk bergerak memilih pakaian untuk dipakai.

Telepon ? Ada
Headphone ? Ada
Ok selasai bergerak ke hospital. Ooppsss terlupa pula paling penting, "dompet dan kad pengenalan"..(' ',)

Tenang rasanya mendengar lagu radio Hitz FM sambil menghayati panorama alam ciptaan Allah SWT menuju ke bandar Sandakan bersama ayah dan ibu. Orang ramai mula menuju ke destinasi masing-masing. Ada yang pergi berkerja, ada yang mula membuka kedai mereka untuk berniaga, ada yang pergi bersarapan dan ada juga yang saja bersiar-siar menghirup udara segar. Sebelum ke hospital, singgah dulu di Gentingmas Mall untuk menemani ibu membeli barang keperluan rumah. Apa salahnya menemani ibu tersayang, betul tidak ? Sambil membantu ibu memilih barang, lagu Kaamatan di dendangkan dan saya mula berfikir tidak lama lagi Pesta Kaamatan yang disambut 30-31 Mei setiap tahun oleh kaum KadazanDusun di Sabah. Bila difikirkan saya kagum dengan dengan pemilik pusat membeli-belah ini kerana walaupun berbangsa Cina, tetapi lagu-lagu lain turut didendangkan seperti lagu Melayu, India, Indon, Inggeris dan lain-lain. Setiap kali ada perayaan, tema dan lagu-lagu yang dipilih berdasarkan perayaan tersebut.


Setelah selesai terasa penat pula, maklumlah orang sakit cepat penat dan ditambah lagi dengan perut kosong belum bersarapan. Sekarang bergerak menuju ke Hospital Duchess of Kent untuk pemeriksaan darah seperti biasa. Sampai saja di Day Care Centre terus ke tempat pengambilan darah dan ada Auntie D disitu sedang menyusun tabung uji darah. Rehat sebentar dan kemudian Auntie D mula ambil darah tapi lepas cucuk 3 kali tidak dapat pula. Tulah mungkin sebab tidak bersarapan, jadi tidak ada darah yang keluar dan cuba rehat sekali lagi. Lepas tu Auntie D panggil balik dan minta tolong pula dengan Auntie Mary. Satu kali cucuk tak dapat juga, tapi nasib baik kali ke dua dapat dan Alhamdullilah. Lega rasa hati walaupun tangan terasa sakit akibat 5 kali dicucuk jarum tadi.


Selesai ke hospital menuju ke kedai makanan di sekitar kawasan BDC bersama kawan ayah untuk bersarapan walaupun sepatutnya makan tengahari tapi yang penting makan bagi menghilangkan rasa lapar dan sakit tangan. Beberapa minit kemudian akhirnya hutang perut kosong ni dapat dibayar dan diisi juga dengan coto dan air teh, sekali lagi syukur kepada Tuhan untuk makanan dan minuman ini. Ibu singgah sebentar di kedai roti Hai Joo, ingin membeli roti yang sering dia makan sewaktu bersekolah dulu di SMKJ Tiong Hwa. Ingin mengembalikan nostalgia lama waktu zaman sekolah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya menikmati pemandangan alam dan pemandangan yang paling saya tidak jemu melihat bandar Sandakan dan laut disekelilingnya beserta kapal-kapal yang berlayar tidak kira daripada dalam ataupun luar negara.


Selepas bangun daripada tidur kerana penat, saya terus mengambil air wuduk untuk mengerjakan solat dan berdoa kepada Allah SWT. Lepas saja solat ada roti canai ditinggalkan untuk saya dan ibu memberi tahu kuahnya ada dalam peti sejuk. Selesai makan, pergi dapur untuk cuci piring dan itu sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang anak perempuan dan seorang kakak walaupun saya ni sakit. Habis sahaja cuci piring memang terasa penat sangat-sangat, tidak hairan untuk seorang pesakit Talasemia Intermediate macam saya ni yang sudah 2 bulan tidak transfusi darah.

Hal ini menunjukkan walaupun sakit, tidak menghalang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, kakak dan yang paling penting sebagai seorang makhluk Allah SWT..

(' ',)

Ulasan

  1. Perjuangan kita adalah perjuangan untuk mendapatkan rahmat dan keredhan dariNya. Ia adalah perjuangan untuk semua, yang sakit dan yang normal. Doakan segala yang terbaik untuk anda dan keluarga.

    BalasPadam
  2. sbgai seorang anak, kakak dan mungkin suatu hari nanti sebagai isteri, anda perlu kuatkan semangat agar menjadi contoh terbaik terutama utk adik2. insyaAllah. ive been through same thing, even kita sakit kita kena kuat. percaya dgn kuasa Allah dan bahwasaNya penyakit ini bukan suatu beban, tetapi suatu kafarah yg berterusan untuk kita perbaiki diri. =)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum... baru2 ini 2 orang anak akak di diagnos mengidap talasemia intermediate, harap dapat berkongsi pengalaman dengan adik, banyak yang perlu akak pelajari. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam…maaf kerana lambat utk m’balas krn jadual yg sangat penuh dengan peperiksaan sejak oktober hingga disember ini..(‘ ‘,)
      Pd mulanya saya hanya m’dapat maklumat drpd pihak hospital yg asas saja ttg penyakit saya & apa yg perlu saya jalani sebagai penghidap talasemia intermediate. Apabila mula meningkat remaja saya mula utk m’cari maklumat lebih banyak drpd internet serta buku-buku ilmiah utk mengetahui apa itu talasemia & saya semakin b’usaha utk mencari maklumat t’utama ketika diminta melakukan tugasan pbs sejarah stpm. Pengalaman selama ini & maklumat yg diperoleh dpt m’bantu mengenali lebih dekat ttg talasemia.
      Talasemia intermediate ini berada diantara minor & major. Hal ini menunjukkan bahawa intermediate lebih baik keadaannya b’banding major. Mereka ini jarang m’dapatkan rawatan di hospital. Tempoh utk m’jalani transfusi darah juga tidak kerap tetapi jarang sama ada lebih drpd sebulan sekali atau lebih krn ada diantara rakan saya yg selepas 6 bulan baru m’jalani trasfusi darah. Walaupun kadar Hb 8 tp masih mampu b’jalan b’banding major Hb 10. Contohnya saya hanya akan transfusi apabila Hb 8 b’banding rakan yg major Hb 10. Tumbesaran intermediate seperti ketinggian berasa dlm kadar yg baik t’atur & ada yg kelihatan seperti org normal tidak sakit.
      Gaya pemakanan & minuman sama dgn major tidak boleh banyak makan makanan yg tinggi zat besi. Contohnya sayuran hijau, terung, epal, pisang, kekacang, coklat, daging & telur serta minuman b’coklat. Makanan & minuman ini diambil dlm kuantiti yg sedikit atau makan sekali sekala saja. Makanan yg masam jgn makan juga. Oleh itu klu makan buah-buahan kena cari yg tidak tinggi zat besi atau masam seperti tembikai & jambu air. Banyakkan minum air t’utama waktu pagi, selalu minum air suam & air the bbanding minuman yg lain.
      Aktiviti pula jgn lakukan yg berat atau lasak, m’bebankan & memenatkan. Utk melakukan sesuatu aktiviti, badan akan m’gunakan tenaga yg banyak & oksigen juga byk digunakan. Oksigen dibekalkan oleh darah ke seluruh badan. Apabila melakukan aktiviti ini byk tenaga yg digunakan sehingga m’beri kesan kpd oksigen & mengurangkan darah dlm badan. Seperti mana yg kita tahu pesakit talasemia tidak dpt m’hasilkan darah mereka sendiri & memerlukan darah drpd org lain. Oleh itu, aktivit yg dilakukan harus secara sederhana & tidak memenatkan.
      Ubat-ubatan diberi harus dimakan & ubat spt desferal mesti diguna. Lebih baik gunakan desferal pd waktu pagi jika cuti sekolah & pd waktu mlm jika b’sekolah. Selain itu, pesakit talasemia ini tak kira intermediate atau major mudah utk merasa marah, merajuk, kecil hati serta sedih krn me’punyai perasaan yg sensitif & hal ini boleh tambah m’beri tekanan kpd badan mereka. Oleh itu, lebih baik jika ingin menegur atau menasihati guna bahasa yg lembut agar tidak t’singgung perasaan mereka hingga tambah m’jejaskan kesihatan.
      Doa adalah yg paling utama. Kena selalu b’doa, byk melakukan ibadat & b’sabar dgn ujian yg diberikan ini tidak kira sama ada ibu bapa mahupun pesakit itu sendiri. InshaAllah setiap kesulitan pasti ada kemudahan..(‘ ‘,)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kertas Cadangan PBS Sejarah STPM 2013 (Sejarah Perubatan dan Kesihatan)

Kembara Seorang Lautan Darah (Bab 06: #UnitedForBlood)

Warkah Buat Sahabat No.1 Di Carta Hatiku